Satu kitaran yang manusia sejak daripada Azali lagi yakni
kitaran yang mempengaruhi bukan sahaja masa depan bahkan sampai ke mati.
Kitaran ini bermula daripada cetusan idea yang inquiri kemudian ke penulisan yang agresif dan kepada pembaca
yang teruja. Kitaran yang bermula dari idea yang entah betol ke tidak, setelah
berzaman dicetuskan masih wujud cara pemikiran yang berzaman dahulu dalam
pemikiran orang sekarang. Relevan dan malar segar bak kata masyarakat Malaysia
sekarang. Aku cuba lari daripada aspek kebiasaan tapi aku akan selit dalam
sindiran dan kata-kata yang penuh belit hingga insepsi minda pembaca. Aku bukan
nak mencuba jadi sesiapa tapi tangan gatal nak menaip, nak buat guaner? Baiklah
atas desakan rakan mungkin aku mulakan dengan cerpen. Lari jauh pun aku cerita
bab motor. Bahasa? Pasar, klasik, moden, kampong ikut pergerakan jalan cerita
atau fakta. Orang Cakap Seronok Menulis.. Maka Aku Menaip ..
No comments:
Post a Comment